22.6.08

Class/ Kategori

Ada 3 class iaitu A (bersuara kasar), B (sederhana kasar) dan C (bersuara halus).
Jika di utara semenanjung seperti di Kelantan dan Thailand class D (remaja/ burung yang masih kurang berbunyi) juga dpertandingkan.

Untuk memahami dan mahir bagi membezakan ketiga-tiga class ini, peminat perlu mengambil sedikit masa untuk mendengar banyak dan pelbagai suara merbuk, kerana ianya tidak boleh di terjemahkan dengan tulisan disini.

Peminat yang baru tidak perlu malu-malu bertanya kepada yang arif dan dijemput ke padang-padang berdekatan. Kebanyakan peminat yang mahir tidak lokek ilmu, dan jangan malu-malu untuk bertanya. Malu bertanya sesat jalan kan?

Di padang Ampang kami trainning pada setiap hari Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad juga pada cuti umum dari jam 7.00am - 1.00pm.

Bukan setakat ilmu burung yang kami bincangkan di padang, ilmu-ilmu kehidupan, hal-hal dan peluang perniagaan, masalah keluarga, isu-isu semasa juga kami bincangkan dan meminta nasihat dari yang berpengalaman serta mencari formula terbaik untuk mengatasinya. Dengan ikatan silatulrahim ini, rezeki juga akan bertambah dengan adanya kenalan/ contect baru.... Jadi JOM ke Padang. Bak kata orang Klate Jom nggangok...

1 ulasan:

ashraf berkata...

salam, baru je dapat merbuk/ketitir dari kelantan, jumpa burung tu sebab dia patah sayap...

burung tu galak dan selalu berbunyi, petik je jari terus berbunyi dan ada gelang dikakinya.

pak mertua bela selama sebulan dan dah sembuh, saya minta dan dia bagi kat saya burung tu

saya bawa balik dari kelantan ke perlis, kelmarin saya balik, petang tadi masih terkejut skg dah ok...dah galak balik...

nak tanya, mcm mana nak tahu burung tu burung siam atau burung kampung?

kedua, mcm mana nak tahu burung tu jenis yg baik (boleh dipertandingkan) atau tak?

saya dah lama tinggal hobi bela burung ni, burung merbuk saya takda pengalaman bela lagi tapi dulu saya pernah bela merbah jambul dng murai batu yg harga RM800..

harap dapat bantu saya, kalau dah reply komen ni bagi tau lah yer kat blog saya..thanks

P/s : saya dah baca lebih 10 entri di blog ni, banyak juga yg saya dapat ilmu dng blog ni..thanks ye