22.6.08

Ciri-ciri burung untuk Pertandingan

Assalamualaikum kepada yang beragama Islam dan Salam Sejahtera.



Tujuan blog saya ini adalah untuk mencurahkan apa-apa ilmu tentang ciri-ciri burung merbuk untuk pertandingan, pemilihan, pemeliharaan, pertandingan, pembiakan (breeding), serta apa-apa je lah yang setakat saya tahu dan minta maaf jika tulisan saya ini berlainan dari pendapat saudara. Saya akan menulis bila ada masa terluang dan akan update dari masa ke semasa dan perkembangan terkini.



Ciri-ciri Burung Merbuk untuk Pertandingan

Dalam pemilihan merbuk untuk pertandingan di bahagian Lembah Klang serta Melaka dan Johor saya menggalakkan ciri-ciri berikut di beri perhatian mengikut turutan :

  1. Kerajinan
  2. Perangai yang baik
  3. Suara

Kerajinan adalah sangat penting disini berbanding pertandingn di Utara Semenanjung yang mementingkan Suara terlebih dahulu. Di sini setiap pertandingan dijalankan sebanyak 4 pusingan dan setiap pusingan lebih kurang sejam masa di berikan kepada setiap pengadil untuk memilih 25-30 burung terbaik. Markah akan di ambil dari 3 pusingan terbaik sahaja. Setiap pengadil akan mengadili 60-100 burung, jadi mana-mana burung yang rajin mempunyai kelebihan untuk mendapatkan markah yang sepatutnya, berbanding burung yang cantik tetapi tidak banyak berbunyi, perlu di ingat pengadil perlu memerhati sehingga 60-100 sankar. Kedudukan tiang anda semasa pertandingan juga memainkan faktor.

Perangai yang baik yang saya maksudkan adalah sifat burung itu terutamanya semasa pertandingan. Cotohnya ada burung yang kurang berbunyi di rumah tetapi rajin semasa di padang dan ada yang akan galak berbunyi bila ada pengadil/ perserta berhampiran tiang, sesetengah burung akan berhenti berbunyi jika ada orang menghampiri tiang. Kurangnya burung berbunyi di rumah juga satu kelebihan kerana suaranya akan lambat turun (bahasa pasar orang kat padang), maksudnya suara boleh bertahan lama. Burung juga ada yang akan galak/ form/ power masa pagi, ada yang bila terik matahari dan yang terbaik yang tidak mengira cuaca serta persekitaran, selalunya burung yang telah berusia (otai). Jdi perangai burung itu juga memainkan faktor yang penting.

Suara, di sini mungkin banyak pembaca tidak bersetuju dengan pendapat saya. Suara ke 3 penting? saya pernah dan selalu melihat perserta yang burungnya besuara biasa sahaja (dalam point 8 je) dan berharga hanya ratusan dan ada puluhan ringgit boleh mengalahkan burung yang berharga ribuan ringgit. Saya pun tidak beberapa setuju dengan cara pertandingan ini tetapi inilah hakikat pertandingan di sini. Burung yang berbunyi lebih akan mendapat markah secara konsistan walaupun point 8 berbanding burung yang cantik yang tak rajin, tak form/ kurang tekan yang hakikatnya cantik dan berharga puluhan ribu ringgit. Suara juga mestilah konsistan, jika boleh jangan pilih burung yang ada kuak , tut (kong hilang) sekejap tekan, sekejap tidak dan ada 2-3 jenis suara (macam burung Dato kamal, nama burung = Macam-Macam Ada) .

Akan tetapi jika anda boleh dapatkan burung yang bersuara Cantik, Perangai Yang baik dan rajin akan ada harapan untuk anda begelar CHAMPION.

sekian dulu, nanti sambung...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana hendak mengenal pasti suara burung merbuk mengikut kategori ABC.. apakah berbezaannya ?

Tanpa Nama berkata...

Belajar di youtube