26.6.08

Pemeliharaan dan Penjagaan

Menjaga burung merbuk tidak lah sukar sangat. Pekara yang asas hanyalah beri makan minum, menjaga kebersihannya dan jemur. Cuma kalau kita bercakap mengenai pertandingan, selain dari 3 pekara asas tadi kita juga perlu training, belaian serta kawasan yang sesuai untuk burung dan sebagainya.

  1. Makanan & Minuman perlulah diberi dari jenis yang baik-baik. Kambu, sekoi, padi, pulut hitam, kacang hijau dan lain-lain jenis makanan perlulah ditapis, dijemur atau di basuh dahulu. Seelok-eloknya makanan itu di campur dengan sedikit telur ayam kampung dan madu untuk menjaga kesihatan burung. Makanan di dalam mangkuk juga jangan lah dibiarkan lama, perlu dibersihkan untuk membuang segala habuk dan kotoran. Ditakut burung akan terhidu habuk, dan menganggu saluran penafasan burung. Air bolehlah diberi sekadar air masak, air hujan atau air mineral bagi mereka yang mampu.
  2. Kebersihan burung dan sangkar amat penting untuk memelihara burung. Burung perlulah diberi mandi seminggu sekali, samada basah kuyup, serdahana basah atau sedikit sahaja bergantung pada individu dan kemahuan burung. Kaji burung anda, jika mandian basah kuyup, perhatikan 2-3 hari selepas itu, adakah dia galak. Jika tidak, ubah cara mandian. Basahkan sepenuhnya bahagian ekor dan jaga supaya ianya tidak rosak/ putus. Bahagian ekor memainkan faktor terpenting pada stamina dan mood burung. Ekor yang rosak/ putus perlulah dibuang/ dicabut supaya ekor yang baru boleh tumbuh sempurna. Sangkar dan peralatan lain perlulah dibersihkan setiap 2-3 hari dan dibasuh setiap bulan serta dijemur.
  3. Jemur/ Anggok. Burung perlu dijemur sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu. Burung akan lebih sihat dan berbulu cantik jika dijemur dengan lebih kerap. Juga akan lebih rajin. Masa yang sesuai antara jam 8 pagi hingga 1 tengahari. Elakkan jemur burung selepas 3 petang kerana terik matahari akan merosakkan suara burung.
  4. Training. Burung untuk pertandingan perlulah di latih /training di padang burung. Ini untuk melatih burung supaya lebih berani, membuatkan ia lebih jinak juga membiasakan ia menaiki kenderaan.
  5. Balaian. Menurut petua orang-orang lama, kita perlu berkomunikasi/ berbicara dengan burung, tapi cara ini tak saya pratikkan. Belaian saya sekadar mengusup-usup burung semasa mandi. Ianya baik untuk menjinakkan burung dan burung akan cepat mengenali tuannya.
  6. Kawasan persekitaran rumah serta di mana kita menggantung burung juga amat penting. sesetengah burung akan lebih form/ sihat di rumah batu, dan sesetengahnya di rumah papan. Sesetengah burung suka berada diluar rumah samada siang atau malam dan tidak bagi yang lain. Kawasan yang tidak sesuai juga boleh mengundang stress.

Pemahaman dan kajian terhadap burung anda penting, untuk memelihara burung bagi tujuan pertandingan kita perlulah berusaha sedikit untuk megetahui kemahuan burung kita. Tidak guna membeli burung ribuan ringgit kalau kita tak tahu apa kemahuannya dan burung itu akan merosot prestasinya. Anda juga perlu bertanya kepada penjual beberapa soalan seperti apa makanan kesukaan, di ruangan mana di gantung di rumah, cara mandian juga warna sankar yang biasa digunakan dan lain-lain untuk memudahkan anda menjaga burung itu seterusnya.

4 traffic only : merbuk / ketitir / perkutut / nakkhao

3 ulasan:

Unknown berkata...

Saya mempunyai 2 ekor Merbok Siam bunyinya bunyinya sedap d dengar, persolannya, kenapa setiap Kali (3 hari sekali) saya bersihkan sangkar selalu liar bertebang dlm sangkar, saya dah jemu kerana liar, soalan, adakah petua utk menjinak burung Ini, saya pelihara +- 8 bln. Tk

Unknown berkata...

Ianya memakan masa untuk burung tu jinak kena selalu main dgn dia, baru dia kenal tuan dia.

Unknown berkata...

Ohh begitu..try suap kacang ijau