22.6.08

Petua (Part1)

Pada bahagian satu didalam tajuk petua ini saya akan ceritakan sedikit tumbuh-tumbuhan yang sering saya gunakan untuk burung merbuk saya. Perlu di ingat lain burung lain kemahuan dan cara penggunaan petua ini. Ada burung yang akan galak jika di buat salah satu cara dan tidak untuk burung lain. Jadi ingatlah, Kaji dan Study apa kemahuan penerimaan "antibody" burung anda. Juga bahan-bahan yang diberikan perlulah ngam-ngam/ cukup-cukup, tidak kurang atau terlalu lebih.

Buat masa ini saya belum mampu memasukkan gambar dan sedang berusaha untuk meletakkan gambar di blog ini.

  1. Pokok Ati-ati. Pokok ini adalah antara pokok wajib yang saya gunakan. Caranya, sehelai daun ati-ati sebesar duit siling 50 sen, dibelah tiga dan digentel sehingga sebesar kacang hijau dan di suap pada burung setiap minggu, bersama 6-10 biji kacang hijau. Dipercayai dan terbukti ianya dapat menyihatkan dan meningkatkan stamina burung. Juga baik untuk burung yang sakit, selalu monyok (mengembangkan bulunya).
  2. Daun Saga Kendi. Pokok yang menjalar ini diambil daun yang muda sebanyak 5-7 helai digentel menjadi sebesar biji kacang hijau dan di suap kepada burung kesayangan. Dipercayai ianya dapat meningkat kemerduan suara, lunak dan mudah menekan kerana getah yang licin dari daun saga kendi tersebut. Pokok ini jika digigit, kita akan merasa manis beberapa saat selepas itu, digunakan oleh masyarat Melayu lama untuk pegganti perasa gula di dalam mulut (minum air kosong selepas menguyah daun ini dapat merasakan kemanisannya).
  3. Daun Pokok Pucuk Manis. Pokok ini banyak terdapat di pasar tempatan dan masyarakat Melayu biasanya memasak daun pucuk manis ini sebagai ulam. Kegunaannya juga seperti pokok saga kendi, petua ini saya perolehi semasa ke Kelantan beberapa tahun lepas.
  4. Daun Ular/ Pasak Bumi/ Hempedu. Pokok yang pahit ini begitu baik juga untuk manusia sebagi mengubati penyakit kencing manis, juga jika diminum air rebusannya dapat menghilangkan panas badan. Daunnya diambil dan digentil sebesar biji kacang hijau, berikan pada burung 3-5 butir. Kaji burung anda, berapa biji untuk menbuatkannya galak pada keesokkan hari.
  5. Daun Petola Hutan/ Liar. Hanya petola liar digalakkan (menurut empunya petua, Hj. Yaakob, Klang). Buah dari pokok Petola ini kecil sebesar 2 kali ibu jari berbanding petola yang kita makan. Pucuk dari pokok diambil dan disuap sama dengan cara-cara diatas. Ingat, kaji burung anda.
  6. Daun Ketumbit. Cara dan kebaikannya sama seperti Pokok Saga Kendi dan Pucuk Manis, juga dapat menyihatkan burung.
  7. Daun Pokok Jepun. dipercayai dapat mengubati penyakit burung dan menyihatkan burung. Ambil daun dan gentil tiga butir disuap kepada burung selang 2 hari sehingga penyakit hilang.
  8. Daun tahi babi. Amat sukar dicari dan saya masih belum tahu namanya dalam bahasa Melayu. Pakar daun ini En. Ah Fat di padang Ampang. Dipercayai boleh menggalakkan dan meningkatkan stamina burung.

1 ulasan:

ariff mok neralang berkata...

lagi cantik letak gambar baru blh kenal tumbuhan2 tersebut..