28.6.08

Pembiakan/ Pesum/ Breeding

Saya tidak beberapa arif sangat dalam hal-hal pembiakan burung Merbuk. Saya hanya ada 4 pintu ladung/ reban sahaja. Beberapa petua dan pengalaman yang telah saya dapat adalah sepert:


LADUNG/ REBAN
  • Lokasi ladung/ reban perlulah berada di kawasan aman lagi tenteram, jauh dari ganguan terutama kucing dan tikus pada waktu malam. Dan bukan di tempat laluan orang ramai. Ladung juga baik jika berada di tempat yang agak tinggi. Juga terdapat sedikit cahaya matahari.
  • Saiz Ladung. Saiz ladung saya ialah 2.5 kaki x 5 kaki dan tinggi 6 kaki. Ianya boleh juga di buat kecil. Lagi besar saiz ladung lebih selesa pada burung.
  • Kayu tenggek. Letakkan hanya 1-2 kayu tenggek sahaja untuk burung bertenggek. Satu berhampiran kawasan sarang burung. Tujuan tidak meletakkan banyak kayu tenggek ini adalah untuk memudahkan pasangan burung cepat bersuai kenal, kerana jika banyak kayu tenggek ini dikuatiri burung lebih suka duduk berjauhan.
  • Makanan. Menurut petua, makanan dari jenis yang berbeza perlulah diasingkan. Contoh, sekoi putih diletakkan didalam satu bekas dan padi didalam bekas yang lain. Petua ini ada kebenarannya, kerana dari pemerhatian saya ianya berhasil.
  • Pasir Laut. Letakkan sedikit pasir laut, bertujuan untuk keselesaan burung bermain pasir. Burung di alam semulajadi juga memang gemar berada di kawasan berpasir. Mangapa pasir laut? Ini adalah kerana kalsium yang banyak pada pasir laut yang di makan burung akan menguatkan kulit telur dan menyihatkan janin serta burung itu sendiri. Pasir juga diperlukan didalam sistem pencernaan burung.
  • Sarang. Buatkan tempat bersarang di bahagian atas berhampiran bumbung ladung. Sarang sebesar 2 kali saiz burung, boleh di buat dari dawai mata punai atau raga/ mangkuk sarang burung yang banyak di jual di kedai burung. Pastikan sarang tidak berada di kawasan yang panas terutama jika atap ladung diperbuat dari zink. Dikhuatiri akan merosakkan telur burung dan induk juga tidak akan selesa. Bahagian atas perlulah di tutup samada menggunakan kain atau papan terutama di sekeliling tempat bertelur. Burung akan lebih selesa untuk bertelur dan mengeram di kawasan tertutup.
  • Kaki/ tonkat ladung perlulah di buat supaya ianya tidak dapat dinaiki semut, cicak dan lain serangga yang boleh menganggu ketenteraman burung terutama semasa proses mengeram telur. Caranya kaki ladung boleh dibalut dengan kain yang dilumur minyak hitam yang telah digunakan, atau kaki tadi diletakkan di dalam bekas yang mengandungi air serta di masukkan ikan-ikan kecil seperti ikan laga untuk mengelakkan nyamuk membiak.
  • Bagi kawasan yang berdekatan hutan digalakkan untuk menyimpan dan menyediakan buluh panjang, kerana ditakuti ular akan memasuki ladung. Ular kerap bersembunyi diatas bumbung ladung. Kajadian ini telah berlaku pada saya sendiri.

PASANGAN

  • Pasangan seelok-eloknya di satukan dahulu didalan sankar 2 minggu hingga sebulan. Perhatikan tingkah laku mereka, terutama pada malam hari, sama ada pasangan itu tidur berdekatan atau tidak. Jiaka pasangan itu tidak sesuai, tukar.
  • Elakkan pasangan itu dari bergaduh, memukul di antara satu sama lain. Pergaduhan ini boleh membawa maut. Untuk mengelakkan pasangan bergaduh, ikat 3-5 helai bulu sayap pada burung yang memukul, yang mendominasi ladung. Burung masih boleh terbang cuma ia tidak terus memukul pasangannya. Tunggu sehingga mereka bersatu/ kamceng barulah di bukakan ikatan itu. Atau cara lainnya, sapukan/ lumurkan pisang diseluruh badan burung dominan tadi.
  • Gunting sedikit bulu di bahagian bawah pungung/ bontot burung. Bulu yang tebal akan menyebabkan proses pensenyawaan tidak berhasil kerana gen-gen dari burung jantan tidak banyak masuk dan telur akan menjadi kosong.
  • Burung yang telah secocok dan bersenyawa akan membina sarang dalam minggu pertama, bertelur dalam masa 2 minggu dan mengeram dalam 2 minggu. Semasa proses ini burung sangat sensetif tidak boleh diganggu.

ANAK BURUNG

  • Setelah berhasil, induk akan memberi makan air liur dari mulut induk kepada anak burung. Anak burung perlulah dibiarkan sehingga ia pandai makan sendiri (lebih kurang 2 minggu dari tarikh menetas). Di Thai anak burung juga di tetaskan dan diasuh oleh burung tekukur jawa/ balam. Dengan ini pasangan tadi boleh terus menghasilkan baka baru setelah telur tadi dipindahkan.
  • Anak-anak burung perlu dijaga dengan rapi pada bulan-bulah pertamanya, kerana serangan penyakit kerap berlaku pada usia sebegini, terutamanya penyakit cacing. Anak burung perlulah di beri makan ubat cacing pada usia 2 bulan.
  • Anak burung yang tidak mahu makan sendiri perlulah disuap makanan. Susu untuk anak burung ada di jual di kedai-kedai burung ternama terutama di Thai.
  • Penjagaan lain adalah sama dengan burung dewasa, dan kebersihan sangkar perlulah dititik beratkan.

Tiada ulasan: