23.6.08

Cara Memilih Anak Burung

Bagi peminat baru, mereka lebih suka membeli burung anak, berumur bawah setahun, kerana harganya yang lebih murah. Anak-anak baru yang baik mutunya dijual pada harga RM500 hingga ribuan ringgit. Pada hemat saya dan sedikit pengalaman membeli burung anak ini, risikonya sangat tinggi. Beberapa kali saya membeli burung anak, salah satu berharga RM2500 (anakmas), dari kecil masih berbulu anak jika didengar suaranya "guarantee" Champion. Angkatan sentiasa ada, air suara cantik, jalan tengah 7, kong tolak - comfem.

Satu tahun saya pelihara, tatang seperti anak mas, training tak tinggal, tapi perangainya tak berubah, kurang berbunyi di padang. Di rumah di OK. Beberapa kali masuk pertandingan, tapi tak pernah dapat bendera. Akhirnya masuk ladung/reban.

Maksud saya disini elakkan beli burung anak, saya galakkan belilah burung yang telah terbukti semasa pertandingan, pun bukan yang kita dengar di rumah penjual.

Tetapi jika anda hendak sedikit petua cara-cara memilih anak:

  1. Belilah anak dari baka yang baik, agak susah untuk kita tentukan cara ini, kerana kebanyakan burung datang dari Thailand.
  2. Pilih burung yang mempunyai kong terbaik yang anda boleh perolehi, kong memainkan peranan terpenting di dalam pertandingan. Tidak kira kong besar, kong tolak atau kong naik.
  3. Dengar air suara yang cantik, jelas (boleh didengar dari jauh), kristal dan ada angkatan.
  4. Cari jalan tengah 3-5. Selalunya burung A jalan 3 sudah memadai, C jalan 5 adalah terbaik. Jalan disini tidak termasuk angkatan dan kong.
  5. Pilih anak burung yang rajin sahaja dan tidak liar.
  6. Mempunyai dada yang lebar, leher yang panjang seperti cobra.
  7. Bentuk badan perlulah besar, tegap, dan berbulu kemas. Menurut petua semakin hitam lorek di tenkok burung menunjukkan burung itu berani/ lawan dan burung yang membongkok bila berbunyi menunjukkan burung tersebut rajin. Juga ekor yang meruncing menunjukkan kerajinan berbanding ekor yang berbentuk kipas atau rata dipenghujungnya.
  8. Mata yang jernih/ bersinar.
  9. Paruh yang besar dan pendek berserta lubang hidung yang besar.
  10. Tidak ada kecacatan di anggota tubuh.

Ini adalah petua dari pengalaman sahaja, tidak semestinya ianya terpakai untuk semua burung.

1 ulasan:

nadinejaciel berkata...

Harrah's Cherokee Casino and Hotel - JtmHub
Cherokee Casino and Hotel - Featuring a 구미 출장안마 hotel, 출장샵 a bar and a nightclub, 여주 출장샵 Harrah's Cherokee Casino 남원 출장샵 and 양산 출장안마 Hotel provides an indoor pool.