28.1.09

Trainning

Trainning atau latihan di padang untuk merbuk pertandingan amat perlu. Sebabnya, burung yang tidak dilatih atau kurang ke padang latihan berkemungkinan akan :

1) mudah terkejut, panic ketika hari pertandingan
2) mudah terkejut apabila dibawa menaiki kenderaan
3) takut apabila sangkar ditutup kain
4) takut dengan suasana hari pertandingan, dengan ratusan burung lain
5) tidak melawan dengan burung lain


Kebiasaannya latihan bermula seawal jam 8.00 pagi sehingga jam 1.00 tengahari. Pada ketika ini burung akan mendapat cahaya matahari yang cukup untuk menyihatkanya. Jangan sesekali menjemur burung sewaktu panas terik matahari pada sebelah petang. Pada ketika ini cuaca panasnya kering serta terik dan tidak elok untuk kesihatan dan suara burung. Latihan tidak perlu terlalu kerap, memadai 2-3 kali seminggu.


Bagi anak burung yang berumur bawah 1 tahun, dan masih belum melawan, jangan gantung anak burung terlalu tinggi, memadai setengah tiang sahaja sementara ianya biasa dengan keadaan padang dan tidak terkejut dengan burung-burung dewasa.


Bagi burung yang pertama kali ke padang atau ke padang baru, gantung burung tersebut di bahagian paling tepi pdang, sementara ianya biasa dengan padang tersebut. Kerana kita belum mengetahui sifat burung tersebut. Sesetengah burung amat sensetive, bila berada di kawasan baru dan suasana baru, burung tersebut akan "jem" (sebutan peminat burung). Selalu kita dengar burung yang telah di teliti, di dengar di Thai, dan apabila dibawa balik ke Malaysia, suaranya berubah, tidak seperti di Thai. Ini berkemungkinan burung tersebut tidak biasa dengan suasana baru tersebut. Lama kelamaan suara burung itu kembali. Begitu juga di padang baru.