20.7.08

Mandi kan Burung

Burung Merbuk bagi tujuan pertandingan perlulah di mandikan mengikut penerimaan burung itu sendiri. Pernah juga saya memiliki burung yang tak perlu dimandikan. Jika ia di pegang, lagi-lagi dimandikan ia tak akan berbunyi berminggu lamanya. Burung Merbuk untuk pertandingan dimandikan untuk menjaga kesihatannya seterusnya dapat meningkatkan mood serta stamina burung itu sendiri dengan kesihatan yang baik.

Cara mandi kan burung yang biasa saya praktikkan seminggu sekali dengan basahkan bahagian ekornya dan uraikan satu persatu sehingga basah kuyup. Tetapi berhati-hati kerana bulu burung yang mudah tertanggal. Bahagian ekor burung memainkan faktor yang penting dalam stamina burung.

Basahkan sedikit di bahagian sayap terutama di bawah sayap. Setelah itu sankut sangkar di tempat yang redup dan berangin. Jangan terus menjemur burung di terik matahari setelah dimandikan.

Saya gunakan air paip sahaja, kalau dapat air telaga atau air sungai ianya lagi baik.

"Lunyai"

Sebulan sekali atau dua saya juga akan memandikan burung keseluhurannya atau "Lunyai" dalam bahasa saya. Bahan-bahan mandian yang saya gunakan ialah sedikit Dettol (ubat membunuh kuman yang banyak dijual di kedai) dan sabun mandian baby (kanak-kanak) yang tak pedihkan mata tu.

Sedikit Dettol di tuang kedalam bekas mandian yang sesuai, bersama sabun mandian bayi. Mandikan burung sehingga "Lunyai", basahkan kesemua bulu, bahagian bawah dubur serta kaki, perlu diingat JANGAN SAMPAI TERKENA BAHAGIAN MATA BURUNG. Bilas dengan air biasa dengan banyak sehingga hilang bau Dettol tersebut. Lihat prestasi burung anda 2-3 hari berikutnya....

Dettol digunakan supaya dapat matikan hama, kuman dan baktirea pada burung, manakala sabun mandian untuk menyegarkan dan memudahkan bulu burung meresap air.

Sekian, diharap dapat membantu pada yang baru untuk berjinak-jinak dalam seni ini ....

4.7.08

Petua (Part5)

Pernah saya memiliki burung yang tak tekan. Banyak cara untuk membuat burung merbuk tekan dan ubat tekan yang di jual serta yang di buat sendiri sering digunakan. Salah satu cara yang tidak banyak diketahui orang ialah dengan menggunakan Kunci.

Di ajar oleh seorang kawan Indonesia, kunci ini berbentuk ubi sebesar jari dan panjangnya 2-4 cm seperti akar pokok. Banyak dijual di pasar malam dan kedai-kedai jamu indonesia sekitar Lembah Klang. Kunci tersebut dibakar dan diberi pada burung 3-4 biji sebesar kacang hijau. Untuk orang yang bekerja lasak kunci digunakan untuk meningkatkan stamina.

Lihat prestasi burung anda 2-3 hari selepas di beri makan kunci tersebut. Ulanginya pada minggu hadapan. Jika pada minggu ke 3 burung itu tidak menunjukkan perubahan, maka petua ini tidak sesuai dengan burung tersebut, kerana hanya seekor sahaja burung saya yang meningkat prestasinya jika diberi kunci ini.